Thursday, November 4, 2010

Kelebihan Menjadi Isteri Solehah..

 Mulianya seorang isteri disisi Allah…
 
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.

Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..
Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… sebagai pengeluar manusia.

Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak melahirkan anak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua..
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki...
 Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Impianku menjadi isteri solehah
 
 

Wednesday, November 3, 2010

Susu IBU menguntungkan Wanita....

Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.

Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.

Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.

Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.

Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.

Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi

Misi mencari air...

Assalamualaikum...
rasanya sume sudah sedia maklumkan pasal banjir di utara..tapi alhamdulillah tempat yang aku duduk nie kt dalam pekan alor star xnaik air..tapi kawasan2 jiran alor star ada yg naik air..macam jitra..changloon..pendang.. yang sadisnya lagi ari nie..xdak air pulak sebab dengar2 pam air tenggelam dek banjir..maka terputusla bekalan air ke seluruh kawasan alor star..dengar2 mungkin smpai 2-3 hari..huhu
yang lagi sadisnya..ktorg xtau pon air xdak..bgn pagi td bukak2 paip air xkluaq dh...makanya tak mandi la ktorg pagi td..danisha pon aku lap2 je badan dia sb kesian kt dia rimas xmandi..aku ty tahrir nk wat cmna nie..kt mana nk carik air?? tahrir cakap dia nk kol umah tok kt jitra..kol2 alhamdulillah umah tok ada air..seronok la sb dapat mandi...hehe
so kami pon tanpa buang masa kemas2 trs bertolak p umah tok..p ikut jalan biasa..tup2 "jalan ditutup"...alamak nk wat camna nie..ok2 xpa..ikut alternatif kedua ikut jalan bwh- ikut jalan hutan kampung dengan harapan boleh lalu..nak dekat smpai simpang jer..dari jauh aku nmpk ada sorg pakcik pakai vest warna hijau terang tu dok terpacak tengah jalan..alamak..aku xsedap ati dah..nahhhhhh!!! betoii....jalan tu pon tutup jgak...uwaaaa...!!
aku dok rasa mcm xlepas nk p umah tok dah..tahrir ckp xpa..ada satu lagi jalan...haa maklumla anak jati alor staq kan..mesti tau byk jalan..hehe so kami pun p la ikut alternatif ketiga - ikut jalan air hitam...dalam ati aku kalo jalan nie pon xleh lalu..makanya kami terpaksa la patah balik..tapi alhamdulillah jalan tu boleh lalu tp kiri kanan bendang tenggelam air jgak cuma xnaik atas jalan jer..smpai la jgak kami kt umah tok kt padang sera..bleh la mandi...perjalanan yang biasanya hanya 40 minit menjadi hampir 2 jam...
esok....wait n see..harap2 air dh ada...dan moga banjir makin surut...aminn...

Monday, November 1, 2010

Danisha sudah 8 bulan...:-)

salam semua..
pejam celik..pejam celik...sedar tak sedar danisha dh nk masuk 8 bulan..alhamdulillah..sekejap jer masa berlalu kan..:-) rasa mcm bru semalam jer melahirkan dia ke dunia nie..kadang2 tu teringat masa dia dok tendang2 dalam perut..subhanallah mmg pengalaman yang begitu indah..:-) syukur kepada Allah kerana di beri kesempatan untuk merasai pengalaman ini..Danisha sekarang dh pandai macam2..banyak cakap dengan bahasa bayi nya..pandai tepuk amai2..pandai nk ikut orang p jalan..heheehe alhamdulillah danisha membesar dengan sihat dan makin hari makin keletah..tgok keletah dia membuatkan rasa penat dan letih bekerja hilang sekelip mata..ajaib kan..begitu la hebatnya kekuasaan Allah..ok jom tgok gambo..zasssssssss
 haa..hair band atas kepala danisha tu mak long dewi dia kata mcm org baru lepas mndi...hehehe apepon danisha ttp nk bergaya dgn hair band tu..heehehee
 yeeee...danisha tgh seronok..pasai pa xingat dh..hehehehee
 gambo nie lak msa raya baru2 nie..tau nk snap gmbo dia dan2 senyum.....heheheheheeee
ok la...sekian dlu buat kali nie ok....daaaa................~~~

Sunday, October 31, 2010

hujan....

assalamualaikum...
masuk hari nie hujan berterusan dh 2 hari dh..
eee...sejukkk...syok betoi kalo dapat tdoq..hehe
esok lagi satu hari skolah pastu cuti sekolah rabu-ahad sempena deepavali...syok x??heheee
sebenarnya aku saje2 jer nie..tgh boringg..hehe

Thursday, October 28, 2010

Linda & Asyura Wedding..

assalamualaikum...

haa hari nie cuti..danisha pn tgh tdo..so ibu nk layan internet sat yer..hehe
hari nie nak cite pasal majlis kahwin sahabat ktorg maslinda malek dengan pasangannya
Mohd asyura..acctualy depa nie kahwin 16.10.2010 tu lg..tapi disebabkan blog nie baru
ditubuhkan..so lambat sket la citenyer..haha
Masa majlis linda tu aku ngn tahrir ada la snap beberapa gambo khas untuk kenangan
bersama la kan..so jom layanzzzz....
 haa..nie gambo pengantin sebelum akad nikah..tgok ler muka dia sikit pya nevess...hahahha skrg bleh ler aku gelakkan org lak kan...hehe lagi satu gmbo nie aku luper nk rotate..so terimalah yer...haha
 haa nie plak kwn2 pengantin..aku ler tu..haha tgok la tu..ada makcik sorg tu tgh syok sendiri..xpe la kta biarkanlah dia...hahahaa
 aku..suhada..n syikin...setia menemani...hehe
wowowowo!! pengantin belom rasmi ktorg dh rasmi dlu..jgn mare yer pengantin...hehe
aitt...br prasan gambo pengantin br sekeping..ok xpe2..nnt aku opload lg ekk...
danisha dh bgn dh..dia dh menjerit mintak susu..hehe
ok jmpe lagi....sekian dlu buat kali ini no....daaaa:-)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi..
semoga kita semua berada dlm limpah kurniaNya..
akhirnya 28.10.2010 setelah sekian lama..lahir juga blog yg tak seberapa nie..
actually sume masih lagi diperingkat awal pembinaan..
kna menuntut dengan tok guru..hehehe
ok la sekian dlu buat sementara..nanti aku update lg yer..hehe
ok daaaaa....:-)